TERKINI...!!!

PASTIKAN ANDA MEMBELI DARI PENGEDAR YANG SAH.... AWAS DENGAN PRODUK TIRUAN.... ~

INFO HERBA


~ BIJI KOPI ~ coffee bean

 

Minum kopi...? Hmmm.... Perkara pertama yang akan terbayang pasti aromanya yang begitu istimewa sehingga mampu membuatkan setiap pencinta koi tergila-gilakannya. Kononnya secangkir kopi panas dikatakan dapat membangkitkan semangat..! Walaubagaimanapun, jangan sangka kelebihan kopi hanya pada haruman serta rasanya sahaja kerana ia juga memiliki banyak khasiat untuk kecantikan kulit. Bukan hanya lidah kamu sahaja yang ketagihan dengan cita rasa kopi, kulit juga ingin menikmati khasiat di sebaliknya. Kopi memiliki kandungan PH yang paling hampir sama dengan kulit kita sehingga dapat berfungsi sebagai balancing astrigent. Oleh itu, ia sesuai digunakan untuk perawatan kulit. Bahkan ramai orang di dunia sudah memanafaatkan khasiat kopi dalam ritual rawatan kecantikan mereka sejak dahulu lagi.  

Kopi juga dikatakan berguna untuk menambah tenaga dan membuatkan orang terjaga daripada mengantuk. Kandungan utama dalam kopi adalah kafein, yang berfungsi sebagai perangsang susunan saraf pusat (otak), sistem pernafasan, serta sistem pembuluh darah dan jantung. Oleh itu, tidak hairanlah setiap kali kita minum kopi dalam jumlah yang sederhana (1 - 3 cawan), tubuh kita terasa segar, daya berfikir lebih cepat, tidak mudah penat dan mengntuk. 

Kafein sering kali dijadikan salah satu bahan pelengkap ubat sakit kepala. Ini kerana kafein memiliki kemampuan menyempitkan pembuluh darah ke otak sehingga pelebaran pembuluh darah di daerah otak yang merupakan penyebab sakit kepala berkurangan. Malah kafein juga dikatakan dapat menyusutkan lemak. Secara psikologi, tubuh badan yang gemuk kurang mampu membakar lemak ketika bersukan berbanding mereka ya ng bertubuh normal. Hasilnya, badan akan membakar karbohidrat sebagai sumber tenaga, sehingga kadar gula darah cepat merosot. Sebab itulah orang gemuk sentiasa rasa lapar berlebihan setelah bersukan atau bersenam dan akhirnya cenderung makan lebih banyak. Dengan minum tiga cawan kopi, tubuh mereka akan bertindak balas untuk membakar lebih banyak lemak. 

Pada masa yang sama, kafien membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga sedia guna. Perkara ini mendorong badan lebih banyak memanafaatkan lemak sehingga pembakaran karbhidrat menjadi lebih terbatas. Yang perlu diperhatikan kandungan gula dalam kopi terkawal. 

Dalam bidang kecntikan pula, rawatan lulur menggunakan serbuk kopi sebelum mandi sememangnya sudah menjadi salah satu rahsia kecantikan tradisional yang sering digunakan. Serbuk kopi kasar digosokkan ke kulit tubuh terlebih dahulu kemudian barulah mandi. Kopi dipercayai dapat menyingkirkan sel kulit mati sehingga kulit tetap segar dan halus. Kini, warisan tradisional itu kembali semula dan semakin banyak diterapkan di spa-spa sebagai salah satu cara untuk menghilangkan rasa tekanan dan untuk kecantikan kulit.

- Kalau anda suka kopi, anda tidak sendirian. Lebih dari 400 millian cangkir kopi dikonsumsi setiap tahun, sehingga menjadikannya sebagai minuman paling popular di dunia. Di Amerika saja, 107 juta orang (52% dari jumlah populasi) meminum kopi secara rutin setiap hari. 57 juta orang lainnya meminum kopi beberapa kali seminggu. Dan kalau dulu kopi rata-rata digemari orang tua, kini peminum kopi terbanyak ialah orang berusia 18-39 tahun. 



~ KOLAGEN LAUT ~  
marine collagen


Kolagen adalah protein utama pada tisu penghubung dalam tubuh mamalia dan merupakan salah satu protein YANG PANJANG di samping struktur fibrous protein yang berbeza dari enzim. Terdapat lebih dari 25 jenis Kolagen wujud dalam badan secara semulajadi.

Kolagen mempunyai banyak faedah, ia memainkan peranan di dalam penjagaan kulit, otot, tulang, rawan, urat, rambut, kuku dan gigi. Rantaian Kolagen yang kuat iaitu Fibre Kolagen merupakan komponen utama yang mengukuhkan tisu serta struktur sel. Secara semulajadi, ia memerangkap kelembapan untuk keanjalan kulit.

Tahukah anda dari mana sumber Kolagen dalam suplemen yang berada dipasaran masakini..?

1) Daripada BOVINE (LEMBU) - diternak secara tertutup seperti di AUSTRALIA & NEW ZEALAND

2) Daripada BABI (PORCINE ORIGIN)

3) Daripada HAIWAN LAUT - contohnya ikan dan gamat

4) Daripada TUMBUHAN- kacang soya, beras pulut

5) Daripada YAK - produk dari CHINA

6) Daripada MANUSIA - placenta (uri), janin yang digugurkan dan juga dari mayat manusia.

Oleh yang demikian, sila pastikan KOLAGEN YANG DIAMBIL adalah dari sumber yang HALAL. Berhati-hatilah dengan produk kolagen yang TIDAK DINYATAKAN dari mana sumbernya. Sehingga kini hanya produk kolagen dari LAUT & TUMBUHAN sahaja yang tidak diragui halalnya.

Seringkali Kolagen di kaitkan dengan kulit manusia. Kita haruslah memahami bagaimanan kolagen bekerja sebelum kita dapat memahami apakah faedahnya kepada kita. Kolagen adalah seperti suatu pelekat dan ejen pengikat yang memegang antara lapisan kulit, ia menghubungkan antara tulang rawan dan otot dan membantu mengukuhkan kulit dan memberikan keanjalan dan rentang.

Suatu perkara yang perlu difahami adalah badan kita mempunyai keupayaan untuk menghasilkan Kolagen secara semulajadi.., bagaimanapun usia yang semakin meningkat akan menurunkan keupayaan badan untuk terus menghasilkannya.

Tubuh kita memerlukan sebanyak 5000mg Collagen setiap hari, oleh kerana penghasilan yang berkurangan sebanyak 5%  setahun bermula seawal usia 25 tahun, maka jika pada masa kini kita berusia 35 tahun, badan kita hanya menghasilkan sebanyak 50% sahaja daripada keperluan Kolagen kita setiap hari. Ini tidak termasuk peratusan Kolagen yang rosak akibat radikal bebas yang berada disekitar kita setiap hari. Kolagen adalah ibarat 'fabrik' yang mana bila ianya rosak, ia tidak dapat diganti dengan mudah menyebabkan terjadinya garis halus dan kedutan diwajah, wajah keliharan 'jatuh' dan ianya sukar ditegangkan dengan hanya bantuan produk kosmetik semata-mata.

Jadi, kita memerlukan penambahan sebanyak 2500mg Kolagen setiap hari.., Perlu diingatkan bahawa pengambilan Kolagen yang berlebihan hanya akan menghasilkan pembaziran kerana badan kita akan membuang lebihan Kolagen menerusi peluh dan perkumuhan.., ini akan menambahkan kerja ginjal kita.

Kandungan Kolagen yang mencukupi akan membantu menganjalkan kulit, melicinkan kedutan, membina ikatan yang kuat di antara lapisan kulit dan memegangnya dengan kemas agar anjal, lebih elastik dan tebal. Ia juga membantu menggebu dan memutihkan kulit serta melindunginya dari rosak akibat dari kesan radikal bebas yang berleluasa. 

Pengambilan Kolagen secara konsisten adalah SANGAT PERLU ketika usia semakin meningkat bagi memastikan keperluannya sentiasa PENUH  di dalam badan kita.



~ PUERARIA MIRIFICA ~  


Herba Pueraria Mirifica merupakan tumbuhan herba yang SANGAT TERKENAL dengan khasiatnya yang pelbagai. Hasil kajian saintifik menunjukkan bahawa herba ini dapat mengembalikan keremajaan kaum wanita, bertindak menyerlahkan kecantikan serta kesihatan dalaman yang menyeluruh, dari hujung rambut ke hujung kaki.  

Masyarakat tempatan di Thailand telah menggunakan Pueraria Mirifica selama lebih dari 100 tahun khusus untuk awet muda. Kepercayaan pada keupayaan herba Pueraria Mirifica telah disampaikan dari satu generasi kepada satu genarasi lain. Pada bulan Mei 1931, Luang Anusan Suntara telah menerbitkan artikel tentang subjek "Kwao Kreu".  Ia menyatakan yang Pueraria Mirifica dapat berfungsi sebagai ejen anti penuaan untuk kulit berusia dan berkedut, menggelapkan rambut beruban, meningkatkan pertumbuhan rambut, maringankan masalah katarak, membantu meningkatkan daya ingatan, meningkatkan energi dan semangat, gerakan tubuh lebih refleksif, meningkatkan sirkulasi darah, menambahkan selera dan mengurangkan gangguan tidur. 

Hasil penelitian menunjukkan bahawa Pueraria Mirifica adalah baik digunakan pada manusia dalam dos tertentu. Ia mengandungi Isoflavon dan menunjukkan efek anti-mutagenik serta efek yang tinggi untuk membunuh sel kenser payudara lini sel manusia.  

Pueraria Mirifica dalam bentuk ekstrak telah diperkenalkan, dengan teknologi moden ekstrak ini telah dijadikan dalam bentuk larutan sebagai bahan yang membantu mengatasi masalah berkaitan wanita bermula seawal usia akhil baligh sehinggalah kepada wanita yang telah menopouse. 

Ia membantu mengurangi gejala akibat proses penuaan dan kekurangan kadar estrogen misalnya payudara kendur, kerapuhan tulang, kedutan dan sebagainya.., ia juga berhasil terhadap pembesaran saiz payudara, penegangan payudara, masalah mensturasi seperti senggugut, menguatkan otot vagina, masalah keputihan, membuang toksin, menyuburkan rambut, membuang angin dalam badan, membuang lemak, menurunkan berat badan, menaikkan seri wajah, memulihkan saluran peranakan, mengatasi masalah buasir, mengecut dan mengetatkan rahim, menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin, melicin, menegang dan mencantikkan kulit. 

Hormon estrogen merupakan kunci utama dalam kesuburan seorang wanita. 

Jika kita prihatin terhadap kulit yang cantik, cuba bandingkan antara kulit wanita Thailand dengan kulit wanita Eropah, betapa kulit wanita Thailand lebih halus, gebu dan cantik serta tanpak jauh lebih muda berbanding dengan kulit wanita Eropah..!



~ KACIP FATIMAH ~  

Kacip  Fatimah (Labisia Pumila) ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia. Ia terdapat di kawasan yang bercangkat rendah, kawasan berair dan dibiakkan melalui biji benih. Air rebusan Kacip Fatimah terutama pada bahagian akarnya diminum untuk tujuan perubatan.

Fungsi utama di dalam perawatan masyarakat Melayu adalah untuk wanita yang baru lepas bersalin. Selain itu ia juga di jadikan serbuk/debu untuk rawatan buasir dengan cara menyapu pada bahagian buasir tersebut. Ia juga digunakan untuk mengubati sakit dalam tulang dan juga gila meroyan.

Penggunaan yang konsisten mengikut dos yang sesuai  akan membantu mengekalkan sistem pembiakan / rahim wanita yang sihat, membantu mengecutkan rahim, merapatkan vagina serta melembapkannya untuk fungsi seksual yang lebih baik, ia juga membantu menyeimbangkan hormon dengan melambatkan menopouse (mati haid) serta melancarkan peredaran darah dan memberikan tenaga yang berpanjangan.



~ MANJAKANI ~ 
 

Ramai yang beranggapan bahawa Manjakani adalah sejenis buah. Manjakani sebenarnya ialah SEJENIS BENJOLAN  yang terhasil pada kulit beberapa jenis pokok seperti pokok Mempening hasil dari tindakbalas pokok tersebut terhadap serangan sejenis TEBUAN (Cynipsh Gallae Tinctoria). Ia menyebabkan kulit pokok bertunas, apabila Tebuan ini mengeluarkan larva dan larva ini menetas sejenis bahan kimia yang merangsang pertumbuhan puru atau benjolan yang kini dipanggil Manjakani. 

Manjakani yang berkualiti adalah yang dipetik ketika anak Tebuan ini mula membesar, ketika ini peratusan TANIN adalah sangat tinggi, secara tidak langsung ianya meningkatkan khasiat Manjakani. Seperti yang diketahui, biji Manjakani ini berbentuk bulat dan berkerutu permukaan luarannya sebesar saiz biji guli. Ia berwarna hijau ke kelabu dan bahagian dalamnya adalah berwarna putih kelabu. 

Dalam masyarakat Melayu, biji Manjakani ini direbus dan dikeringkan, Ia kemudia dikisar sehingga menjadi serbuk dan dijadikan bahan untuk memekatkan masakan seperti sup. Ada juga yang mencampurnya bersama tepung dan dijadikan roti. Biji Manjakani juga boleh dipanggang dan dijadikan minuman bagi menggantikan kopi. 

Kandungan Tanin dalam biji Manjakani ini antara 50% ke 70% dan 30% lagi adalah Gallic Acid. Manjakani terbaik adalah dari daerah Aleppo, Syiria. 

Fungsi utamanya adalah sebagai penawar penyakit keputihan, merapatkan faraj, bertindak sebagai estrigen yang dapat membina dan membaiki tisu-tisu faraj yang rosak terutama selepas bersalin. Ia juga mengurangkan lelehan faraj dan membantu menstabilkan hormon dan melancarkan peredaran darah. 

Kegunaan lain Manjakani adalah untuk merawat luka. Manakala kandungan Gallic Acid di dalamnya dapat merawat Kencing Manis dan Asma, kandungan Antioksidannya pula dapat mencegah kanser payudara dan kanser rahim. Disamping itu ianya juga melawaskan pembuangan air besar kerana mengandungi serat yang tinggi. Berikut adalah senarai kebaikan Manjakani dari haril kajian yang telah dijalankan :

~ AWET MUDA : antioksidan dalam manjakani dapat mengurangkan proses penuaan

~ PENCEGAHAN DIABETIS : gallic asid dapat membantu mencegah diabetis dan asma

~ PENCEGAHAN KANSER serviks dan kanser payudara

~ PENCEGAHAN DARI BAU yang kurang menyenangkan akibat keputihan (kandungan estrigen dalam manjakani membantu menyingkirkan jangkiran bakteria, yis dan fungus yang mendatangkan bau yang kurang menyenangkan dari kawasan intim)

~ MENYEMBUHKAN TISU VAGINA (tannin dapat menegangkan otot faraj dan melawan kehilangan keanjalan kulit selepas kelahiran bayi, proses penuaan dan ketika penukaran hormon)

~ MENGURANGKAN LEBIHAN MUKUS, membantu menstabilkan hormon, melancarkan darah dan memberikan tenaga.

~ MENCANTIKKAN KULIT dan mencegah jerawat

~ MENINGKATKAN KESIHATAN MATA : memperbaiki tahap penglihatan

~ SEBAGAI RAWATAN PAYUDARA ~ pengambilan yang kerap akan mengembalikan keanjalan payudara

~ RAWATAN TULANG DAN GIGI - kalsium dalam manjakani dapat meguatkan gigi dan tulang

~ MEMELIHARA kebersihan mulut

~ MENCEGAH kulit kering dan berminyak 

~ MERAWAT barah kronik

~ KAYA dengan vitamin

~ MUJARAB  merawat luka dalaman : sebagai UBAT BERSALIN  dan juga untuk luka luaran.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
INFO HERBA KOSMETIK
~ BIJI ANGGUR ~ grape seed

Ekstrak biji anggur ialah satu antioksidan yang hebat — ia 20 hingga 50 kali lebih berkesan daripada biasa dikenali antioksidan Vitamin E, Vitamin C dan Beta Karoten
Ia juga salah satu paling antioksidan yang kuat yang melawan radikal-radikal bebas 20 kali lebih kuat daripada Vitamin C dan 50 kali lebih kuat daripada Vitamin E, memperbaharui sel  kulit, Ia juga anti bakteria, antivirus dan anti-radang.

KEBAIKAN VITAMIN E : Berfungsi membaiki pembekalan oksigen dan asid Nukleik, Vitamin E menyembuhkan parut, tompok dan kesan pada kulit.

Juga sebagai bahan ANTI-PENUAAN yang berkesan - Kesan antioksidan dan Vitamin E menghalang proses penuaan sel dan memperbaiki pembekalan oksigen, memberi anda lebih ketahanan. Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
KEBAIKAN VITAMIN C : ~ Mengurangkan kedut pada kulit
~ Membaiki parut pada kulit.
~ Menjadikan kulit lebih cerah
~ Menghilangkan jerawat dan pigmentasi. Menjaga kesihatan otot muka dan mencantikkan/menghaluskan kulit.
~ Membantu penghasilan collagen dimana collagen dapat meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit.
~ Melambatkan proses penuaan dan menghaluskan pori-pori pada kulit.



~ MARKISA ~ passion fruit

Buah Markisa @ Passion Fruit ini sangat hebat khasiatnya, ianya sangat terkenal di barat dan mereka menjadikannya sebagai jus. Ia sangat tinggi kandungan Vitamin C (antioksidan), Zat Besi, Kalium A (melindungi dan melawan penyakit) dan Diet Serat. Ia juga membantu mengurangkan alahan dan radang.

Terdapat Buah Markisa @ Passion Fruit yang berkulit kuning dan unggu. Pemilihan Buah Markisa @ Passion Fruit berkulit unggu atau seperti kecoklatan adalah lebih baik khasiatnya. Di Malaysia Buah Markisa @ Passion Fruit ini hanya terdapat yang berwarna kuning sahaja. 

Buah Markisa @ Passion Fruit yang berwarna ungu adalah buah yang diimport dari luar negara seperti dari Amerika Selatan.

Kebanyakan hasil  Buah Markisa @ Passion Fruit dijadikan sebagai minuman kesihatan yang berkhasiat mencegah penyakit berbahaya seperti kanser, namun penggunaannya dalam produk kosmetik masih baru. 

Walaubagaimanapun, hasil penggunaan dan gabungan di dalam NANOSILVER GOLD SOAP  ini semenjak TAHUN 2010 telah membuktikan ianya juga berkesan membuang RACUN di kulit wajah yang menyebabkan terjadinya alahan dan jerawat kronik. Ia juga membantu mencerahkan kulit wajah dengan berkesan tanpa kesan mudarat dan berbahaya.

Baunya juga harum menyegarkan menjadikan ianya sesuai sebagai penenang dan berfungsi sebagai aromaterapi wajah yang baik. Ia juga bertindak menghapus radikal bebas yang menyebabkan terjadinya kekenduran dan pengeringan kulit.



 ~ SERBUK MUTIARA ~
pearl powder
Serbuk Mutiara digunakan SECARA MELUAS  dalam penyediaan perubatan dan kecantikan Cina. Ianya diaplikasikan secara luaran sebagai krim kecantikan dan diambil secara dalaman (dimakan) bagi mengekalkan kesihatan dan keremajaan. Ia juga adalah rahsia kecantikan kulit para Maharani China semenjak 4000 tahun yang lepas untuk mengekalkan kecantikan kulit dan wajah. Rahsia formula Serbuk Mutiara tersebut seterusnya diwarisi daripada generasi ke generasi oleh doktor istana.

Serbuk Mutiara mudah diserap oleh kulit dan badan. ia mengandugi bahan pelembap semulajadi, protein, vitamin B Complex, polisakarida dan sedozen mineral yang mana ianya bermanafaat dengan kandungan 20 - 22 jenis asid amino termasuk 10 EEA (bahan pembinaan utama organisma hidup). Kekurangan Asid Amino di dalam tubuh akan mengakibatkan kulit kelihatan kasar, kekurangan nutrien, tua dan berkedut.

Serbuk Mutiara berguna untuk : 
  • mencegah penuaan kulit
  • membersihkan kulit
  • menanggalkan kesan bintik-bintik akibat usia tua pada kulit
  • memudakan kulit wajah
  • menyahtoksidkan sistem badan
  • menyingkir haba berlebihan dalam badan
  • menenangkan minda dan meredakan tekanan
  • memberikan tenaga
  • mengatur semula metabolisme badan
  • mengurangkan kegelisahan
  • menenangkan hati
  • merawat sakit kerongkong
  • mengurangkan deman
  • membetulkan sistem saraf
  • memperbaiki penglihatan
  • merawat insomnia
  • memperbaiki libido seksual dikalangan lelaki
  • meringankan kekejangan hasil daripada angin dalaman
  • berkesan bagi ketakutan, keresahan, palpitasi (dalam perubatan cina digunakan sebagai ubat merawat  pesakit mental.
  • mempercepatkan pembentukan tulang dan kepintaran bayi 


 ~ BUAH ZAITUN ~  
olives

Buah Zaitun @ Olea Europea di tanam dikawasan Maditeranean. Penanaman yang paling utama ialah di Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco.  Buah Zaitun berbentuk bulat keci dan berwarna hijau ketika masih kecil dan bertukar menjadi coklat gelap ketika sudah tua.

Di dalam kitab suci Al_Quran, Buah Zaitun @ Olea Europea disebut sebanyak 7 kali ( 2 kali ia disebut bersendirian, 5 kali lagi digambarkan dengan buah-buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tin). Hal ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat Buah Zaitun @ Olea Europea yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan sejagat.

"Demi buah tinn dan zaitun. Dan Gunung Tursina" (Surah At Tinn - ayat 1 & 2)

Pada masa kini, kajian sains telah mengiktiraf Buah Zaitun, minyaknya mempunyai nilai yang tinggi dalam dunia perubatan. Sekiranya ia diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaikpulih perut dan menjadi penawar racun. Manakala jika diambil sebagai sapuan luaran pula ia bertindak sebagai pelincin dan pelembut kepada kulit yang mengalami masalah seperti ekzema dan psiorosis dan seterusnya membantu meremajakan kulit.

Nabi Muhammad SAW bersabda "Makanlah Minyak Zaitun dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati" Hadis Riwayat Tarmizi dan Ibn Majah.

Dari sudut pandangan sains, Buah Zaitun membantu melembutkan kulit dan melambatkan proses penuaan. Ia mengandungi antioksidan yang sangat tinggi, menjadikannya sangat berkesan untuk merawat masalah kulit seperti jeragat, kekenduran kulit, kulit kering dan kusam.

Antara manafaat utama Buah Zaitun didalam produk kosmetik adalah :

  • menegang dan memberikan vitamin kepada kulit

  • menghilangkan sisik (kulit kering) dan parut jerawat

  • melembutkan dan mencegah kulit kering

  • menanggalkan sel kulit mati

  • mempertahankan keanjalan kulut

  • menghalus dan menaikkan seri wajah

  • menghilangkan bekas luka, noda hitam (jeragat)

  • mencegah jerawat dari tumbuh

  • mengeringkan jerawat (yang telah tumbuh)

 Buah Zaitun yang terkandung dalam NUR SUTERA ANTIOXIDANT CREAM terbukti berkesan merawat masalah kulit dengan pantas tanpa kesan sampingan yang memudaratkan.  



~ EKSTRAK KULIT POKOK PINE ~  
pine bark extact oil
File:Pine bark.jpg

Hasil penyelidikan oleh penyelidik di Jerman mendapati bahawa ekstrak kulit pokok pine dapat memperlahankan penuaan kulit secara efektif dan meningkatkan penghidratan. 

Hasil kajian ke atas 20 orang wanita sihat berumut antara 55 hingga 68 tahun mendapati setelah peserta diberikan 75mg Pine Bark setiap hari selama 12 minggu, didapati keanjalan dan penghidratan ke atas kulit telah meningkat (diterbitkan dalam Jurnal Skin Pharmacology and Physiology).

Ia membantu meningkatkan 25% kenjalan kulit dan penghidratan kulit sebanyak 8%. Ia juga menghilangkan kedutan sebanyak 3% dan melicinkan kulit sebanyak 6%. Sebanyak 44% pula adalah peningkatan pengeliran asid hialuronik, dimana sehingga kini Pine Bark adalah satu-satunya herba yang secara semulajadi yang meransang pengeluaran asid hialuronik dalam kulit manusia. 

Nama saintifik bagi Pine bark ialah Phyngenol. Kandungan utama yang terdapat dalam Pine bark adalah Proanthocyaidins Oligomeric (OPCs) serta beberapa bioflavonoids lain termasuklah seperti katekin, epikatekin, esid fenolik dan taxifolin. 

Penggunaan PINE BARK di dalam produk ANTIOXIDANT CREAM ternyata sungguh bermanafaat untuk memperlahankan penuaan dan mencegah kedutan disamping menghilangkan jeragat dengan pantas dan berkesan.




No comments:

Nak Jadi Ejen..


shoutbox